Thursday, March 25, 2010

Pesawat Pilatus PC-7 terhempas sewaktu raptai konvo UUM



Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh selepas pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang dipandunya terhempas di kawasan dusun dekat kampus Universiti Utara Malaysia di Sintok awal pagi ini.
Menurut jurucakap TUDM, mayat juruterbang itu telah ditemui dan dikeluarkan dari lokasi kejadian menggunakan helikopter TUDM.
Beliau mengesahkan bahawa ketika kejadian, hanya seorang juruterbang berada dalam pesawat itu yang berpangkalan di Kepala Batas, Alor Setar.
Sebelum itu, TNC UUM, Prof. Dr. Mustafa Ishak mengesahkan kejadian tersebut kepada mStar Online.
Beliau berkata, pesawat itu terlibat dengan pertunjukkan sempena pesta konvokesyen universiti berkenaan.

1 comment:

the owner said...

kalaw mcam nie...kna tukaq pesawat skyhawk ka,airwolf ka bru best....

Post a Comment