Tuesday, April 27, 2010

Siapa yang bersalah

Siapa dia adik Aminulrasyid :
- berumur 15 tahun
- bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di Shah Alam
- menurut guru2 dan rakan2 beliau yang ada di dalam group ini, arwah tiada langsung masalah disiplin di sekolah dan aktif dalam bidang sukan hingga menjadi wakil daerah

Apa yang berlaku kepada arwah Adik Aminulrasyid :
- malam kejadian, beliau dan rakan2 keluar rumah bagi menonton perlawanan Chelsea VS Stoke City
- dalam perjalanan pulang, dia jd cemas bila bertembung dgn pihak polis akibat tiada lesen memandu
- ditembak dikepala oleh pihak polis
- rakan2 beliau yang cuba menyelamatkan diri dipijak oleh pihak polis juga
- bila semua dh berlaku, polis mendakwa menjumpai parang dlm bonet kereta
- polis juga mendakwa arwah dan rakan2 penyamun
- polis juga mendakwa diri mereka di ancam
- fakta : antara polis yang menembak sudah berusia 47 tahun dan berpengalaman
- fakta : polis tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. tiada tembakan ke udara terlebih dahulu.
- fakta : berpuluh2 das tembakan dilepaskan
- fakta : satu tepat mengenai kepala arwah

Bagaimana laporan media pengampu :
- tunjukkan seolah2 arwah jahat dan penyamun
- laporan bercanggah satu sama lain
- laporan yang menyinggung hati keluarga arwah



sumber :http://www.facebook.com/group.php?gid=114702868560346&v=app_2373072738#!/group.php?gid=114702868560346

agak agak siapa yang bersalah nie..aku rasa polis yg tembak tu la xpikiaq dulu...apa pendapat anda???

Monday, April 26, 2010

Mengapa Perlu Berkahwin?

1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!

2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.

3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..

4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..


 
 

*************

Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.

Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :
Nabi melarang daripada hidup membujang.
(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :
"RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri.
(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).

Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.


Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti


Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :
"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.
(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.



sumber : http://www.iluvislam.com

Thursday, April 15, 2010

Sejarah Blogger



Blogger pertama dilancarkan pada tarikh 23 Ogos 1999. Buku itu dicipta oleh Pyra Labs. Blogger adalah salah satu alat blog publishing paling awal. Telah dikreditkan untuk membantu mempopulerkan format. Pada Blogger pertama sepenuhnya bebas dan tidak ada model pendapatan. Ketika wang Pyra Lab adalah berkurangan, pekerja bekerja tanpa dibayar selama berminggu-minggu, bahkan berbulan-bulan. Hal ini menyebabkan banyak pekerja untuk meninggalkan syarikat. Evan Williams, yang adalah pengasas bersama dari Blogger, berlari syarikat semata-mata oleh dirinya sendiri setelah kehilangan pendapatan. Beliau kemudian berjaya untuk menutup suatu pelaburan oleh Trellix. Segera setelah itu, iklan mulai menyokong Blogger, dan Blogger Pro muncul.
Pyra Labs dibeli oleh Google pada bulan Februari tahun 2003. Akuisisi ke Google dilakukan secara halus. Akuisisi ini membolehkan ciri-ciri premium, yang pernah dikenakan bayaran untuk, untuk menjadi bebas. Kemudian, sekitar setahun kemudian, Evan Williams meninggalkan Google. Pada tahun 2004 Google membeli Picasa. Ketika mereka melakukan ini mereka tergabung Picasa dan utiliti berkongsi foto ke dalam Blogger. Gerakan ini membawa lebih banyak pengguna kerana membolehkan mereka untuk posting foto ke blog mereka.

Wednesday, April 7, 2010

budak-budak zaman sekarang

woi tengok apa tu..........????
len kali ajak la pak cik sekali...........

Thursday, April 1, 2010

Menuntut ilmu suatu ibadah atau sekadar lulus periksa ???

Mari sama-sama kita bincangkan tajuk ini.....

Assalamualaikum semua..

Kita wajib menuntut ilmu selagi nyawa dikandung badan. Dalam menuntut ilmu, kita mestilah mengikut adab2nya. Kita mestilah hormat kepada guru atau orang yang mengajar ilmu kepada kita. Barulah ilmu itu melekat kuat dalam minda kita.

Tidak kira samada kita pelajar sekolah ataupun siswa-siswi universiti, kita wajib hormat kepada guru-guru kita.

Tapi sayangnya, hari ini ada pelajar yang tidak hormat kepada guru. Tidak sayang pada ilmu yang dituntut. Menuntut ilmu hanya untuk lulus periksa saja.
berikan pendapat anda.....

Monday, March 29, 2010

Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama.

Si ayah hanya tersenyum si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan.

Suatu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu.

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima sungguh bukan itu yg kuhajatkan dengan hati yang berat.

Kemudian kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya.

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan.

Si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. . ayah sengaja mempermainkan saya ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya.

Tambah lagi "sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak"katanya dengan suara keras. Si anak marah dan kecewa terhadap ayahnya.

Lalu Al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara. Seterusnya segala pakaiannya disumbatkan ke dalam beg.

Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya.

Selepas 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh.

Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya sedang dia berkira-kira sendiri tiba-tiba telefonnya berdering dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak.

Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya.

Hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya... Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada disitu...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini.

Kemudian perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan...tiba- tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci di muka belakang Al-quran itu terdapat sebuah sampul surat.

Sebaik menyelak ternyata kunci itu diselotepkan disitu lalu kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali...di dalam sampul surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya dibeli pada hari konvokesyennya.

Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku lalu air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu.

Si anak amat menyesal namun semuanya sudah terlambat. Nasi telahpun menjadi bubur.

Sekadar renungan bersama: Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati

Sunday, March 28, 2010

Janda Yang Dahaga

 Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian... Terima Kasih kerana membaca...
Itulah kisah seorang janda yang dahaga...........

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Ha...haa...haaa....

xpuas hati...??? comment kat cinie ckit..hehe